Powered By Blogger

Klik-Klik Saja !

Tuesday, February 28, 2012

Pencarian Diteruskan



Assalamualaikum

pagi tadi dalam FB memang tengah hot berciter pasal FD yang akan datang ni . adalah suggestion satu dua tempat dari sedara mara lain . 

antaranya tempat ni :-


Sunshine Bay Resort - Port Dickson

Golden Palm Tree Resort - Sepang Gold Coast

oke antara dua ni tapi sebenarnya banyak pilihan . kejap nak ke PD , kejap nak ke Bagan Lalang , kejap nak ke Terengganu , kejap nak ke Pahang , kejap nak ke Kuantan . eh banyak betul lah pilihannya . tapi tak jugak pilih . survey da 2-3 tempat . aissshh ! terasa macam gempak plak FD tahun ni . kecoh habis dalam FB ni . aku da naik letih menaip komen . sampai tak tercurah idea nak menaip apa . tapi tu lah , semangat kemain . sat lagi sampai hari semua senyap sunyi tau T___T

oke da puas kepoh kat blog , ni nak sambung kepoh kat FB plak . survey-2 sampai lebam . yeah !




♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Monday, February 27, 2012

Survey-Survey



Assalamualaikum .

soon nak buat family Days belah mak aku plak . gila tak sabaunyee sebab time tu abah da boleh join . yeah ! oleh itu , aku telah diberi mandat kebesaran , untuk melakukan survey di lokasi-2 cun yang sesuai dijadikan port kami berkampung untuk dua hari satu malam nanti .

tapi kalau tanya aku , memang confirm aku suggest Janda Baik , Pahang punyaa . serius best wehhh ! aku da pegi da . resort gila oke sangat . air sungai tetepi jalan je oke . nyaman sesangat , area kampung habislah . relaks la kalau nak bersantai or chill ala-ala honeymoon pon boleh . all their punya waterfall memang sejuk tak hengat ! bbbbbrrrr . stok menusuk sampai kepangkal tulang niiii !

but . . . . . if korang ada any suggestion port lagi best selain on that area or Bagan Lalang please infolah weh . come on lah tolong survey-2 je koot bukan kena bayar pon kan kannn ? tolong menolong budaya kita what . tolong yeh .

eh nanti company aku pon macam ada nak buat picnic ala-ala camp-fire gitu . suggest sekali mana area paling tiptop untuk kitorang yang bujang-2 ni nak bersantai . dapat chill barbeku pon da kira rare jugak tuuu . takyah nak nginap sangat pon takpe . tapi kalau dapat menginap lagi power . kannn ? yelah , ala-ala camp-fire pon  tidur mesti dalam khemah tu koot . memang seriuslah aku termenung mengenang nasib je kang . panas oke , nyamuk oke , gila payah kot dalam khemah nak camtu camni . arghh ! tak boleh , tak boleh . aku tak reti semua tu weh . tolonglah , kalau lelaki , dorang semua asal boleh je . tapi kalau bagi fomfuan macam akak ni hah ? kau gila ke hape . memang menageslah aku jawabnye T________T



♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Janji ? Mudahkah untuk Ditepati ?


Assalamualaikum . 

harini nak citer pasal topik yang serius banyak . kenapa aku kata serius ? 

ni lah , kalau bab berjanji . kemain cakap pung pang pung pang . janji begitu , janji begini . tapi nak tepati ? mati hidup semula pon tak mampu nak penuhi janji . betul ?

ni aku berciter untuk keseluruhanlah yeh , untuk diri aku jugak sebenarnya . so anggaplah ni peringatan kita bersama oke . baik lelaki baik perempuan . lebih kurang sama je kalau nak berciter pasal bab janji janji ni .  kemain "gunung Everest sanggup didakilah . lautan api sanggup diredahilah" memang dasar poyo gila ! sweet-talker bak kata omputih . pastu bila sampai masa , cuba pegi panjat gunung Everest tu , aku nak tengok panjat ke tak ? cuba renang lautan api tu ? aku nak tengok berani ke tak , sanggup ke tak ? hah ! kemain haritu masa berjanji , ewah macam-macam kau tabur yeh . semua manis-manis belaka . sat lagi bila suruh   tepati janji . aik ? alasan plak yang keluar berkepul-kepul , macam asap rokok daaaa . tensi !

tapi ni lah realiti kehidupan . aku pon bukan lah nak kata yang aku ni sentiasa tepati janji . ada jugak ter-miss banyak kali . sebab tu aku taubat tanak berjanji lagi da sekarang ni . baik ngan family , baik ngan saudara mara sendiri , baik ngan BFF , baik ngan siapa pon lah sebab aku tahu aku tak mudah nak tepati janji . pada aku tak tu maknanya tak ! fullstop !

tapi tu lah masalahnya sekarang . bila aku tak suka berjanji ngan orang . orang plak yang suka menabur janji ngan aku . janji camtu camni tapi bila sampai hari ? naik letih aku tunggu . naik cramp badan ni tau . saja je nak dera aku macam tu . emosi menguasai diri T_______T

tapi takpelah , da nasib badan . tapi pasni . kalau kau tabur janji seplohjutakali pon . aku confirm jawab

insyaAllah kalau ada rezeki tak kemana . 

jawapan klise gila kan , ala-ala saiko manja tapi tu lah yang terbaik . atleast hati aku pon tak sakit nak menunggu je kerjanya . bunyinya pon takdelah macam kau akan dirundum perasaan serba salah if tak tepati janji tu kannn . sebab aku paham perasaan orang yang suka berjanji tapi tak mampu nak tepati . kadang bukan sengaja pon , ada kalanya adalah tak disengaja kan tapi nama pon berjanji . janji oke , kalau da janji kau kena tepati lah . 

ingat ! kadang janji tu ibarat rantai yang boleh membelenggu kehidupan sesorang , terikat n bakal menyeksakan . so selagi kau terlingkar dengan janji selagi tu kau umpama tahanan didalam kurungan . terseksa gara-gara perjanjian yang tak termenterai . konon ! hoiiii ! very the falsampah . tapi takpelah , demi peringatan bersama . yang baik kita jadikan teladan , yang buruk kita jadikan sempadan .


notaeekin : renung-renungkan dan selamat beramal 



♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Rindu Abah !




Assalamualaikum 

entry ni special untuk ayahanda yang jauh dimata tapi dekat dihati . 


segak tak ? macam anak fomfuan dia jugakkkk kan -.-"

since abah aku pindah kerja kat JB , boleh dibilang dengan jari berapa kali aku dapat cium tangan dia . kalau tak hari raya , hari kebetulan kitorang bercuti n ada kat Segamat sama-sama , tapi nak tunggu hari macam tu tiba , makan masa . kalau nak harapkan hari-hari biasa memang payah gila .

jujurnya aku bukan lah anak abah macam kebanyakan anak perempuan sulung rasa . aku adalah totally anak mak yang kalau boleh jumpa mak nak duduk bawah ketiak . abah aku sangat garang n tegas orangnya kalau dengan anak-anak , serius kemain dia yeh tapi kalau dengan orang lain amboi mesra alam saja (jeling sinis) mungkin mesra tu persoalan yang dijadikan tanda tanya tapi ketegasan tu faktor segalanya .

n sekarang hampir sebulan lebih abah aku kat Langkawi sana , kursus . tapi tempoh sebulan lebih tu da  ibarat bertahun lama plak jadinya . aku memang bangsa , kalau sentuh isu ibubapa ni memang confirm stok  leleh airmata . weh ! gila tak leleh airmata , siapa tak sayang orang tua sendiri hooii . dorang jelah insan yang hilangnya tak mungkin berganti , doranglah kebahagiaan dunia akhirat kita as anak-anak kan . memang double confirm lah hati aku boleh jadi lembut macam tisu dengan tiba-tiba kalau timbul bab ni T___T

so since 15 Jan memang aku takde jumpa lansung dengan abah aku . tak dapat salam cium tangan dia , tak dapat hantar dia naik bas , semua tak dapat . tahu-tahu mak aku text info "abah da selamat sampai Langkawi" . oh ! alhamdullilah . selamat sampai dengan jayanya . demi tugas , demi negara . dia sanggup direkrut untuk diserap menjadi polis bantuan yang sekarang ngah melambak macam cendawan tumbuh lepas hujan . life kat sana memang gila-gila punya . standard PULAPOL oke . ulang ! PULAPOL . tu tak boleh , ni tak boleh . ahhhh ! bosan gila . kalau weekdays ni memang hidup hanya untuk direkrut n dirangging saja . berjemur , berpanas tak kira usia . tapi masih tersisa sifat belas kasihan pihak-pihak atasan yang sedikit memberi kelonggaran pada peserta yang usianya da menjangkau angka 40tahun keatas . tapi kalau bebudak muda , confirm ! ragging stok kaw-kaw punya . rekrut piaw-piaw . sikit pon takde kasik chance . pastu bab hp , weekday hp adalah tidak dibenarkan . macam dalam PLKN tuuu . kalau nak pegang hp , nak call family kena tunggu weekend . tapi jenis abah aku ni , slumber je . tak dapat hp ? takpe . publicphone merata . syiling ada , apa ada hal . masuk syiling , dail number . abis cerita ! yes , tu lah yang timbul perumpamaan like father like daughter . anak beranak jenis bran pulun hati kering punya , belasah apa yang ada . maybe aku punya perangai ni menurun dari dia kooot . tapi kalau bab manja sesikit nak cari mak , nak pape pon cari mak . errrr pelik eh ? dua-dua aku nak . memang sah tamak haloba !

tapi takpe , dua-dua pada aku sangat istimewa . baik abah baik mak . kau yang teistimewa bak kata lagu Shila Majid . gituuuuuu . so penantian 16 Mac pon bakal menjelang tiba . kepulangan ayahanda sangat dinanti kami sekeluarga . menamatkan misi yang hampir terlaksana yang buatkan kami semakin bangga . kami semua rindukan abah kami . rindu yang melebihi semua perasaan yang bercampur baur dalam diri . berselingan dengan harapan " kot-kot ada souvenir untuk kami "


♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Friday, February 24, 2012

Malas di FB ? kenapa ?


Assalamualaikum


topik kena budget hot oke dan memang hakikatnya aku sekarang sangat malas nak update status kat FB , sampaikan mak aku suruh add sedara mara sendiri pon aku malas . sampai terkeluar ayat 


dialog anak beranak . comel sangat ! 
eh tapi awat halus benar tulisan ni ? nak tengok pon kena pakai kanta pembesar . ggggrrr !

apakah puncanya aku jadi begitu ? persoalan yang semakin menyesakkan otak tapi memang tu lah kebenarannya bila aku sendiri dilanda confius dengan perasaan dilema ni  -.-" 



♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Thursday, February 23, 2012

Gelak sakan


Assalamualaikum 

oke semalam pagi aku sibuk ngan minit meeting kan ? habes meeting pukul 1.30 . terus pegi makan dengan mem-mem besar . nun kat Masjid Putra sana . 

pastu balik dari lunch pening nak buat minit meeting plak . magrine aku nak pikir ayat tau T___T
sebab nak kena submit petang ni . alhamdullilah setel jugak akhirnya *tarik nafas lega berbaur bahgia*

pastu malamnya plak , aku pegi makan dengan Lia kat Nilai , pekena char kuew tiaw . yeh ! char kuew tiaw je oke sampai Nilai . lepak kedai makan bawah pokok tepi jalan . berdua dengan Lia , ala-ala romantik gitu *mata bersinar-sinar*

then , da puas dating berdua-duaan , bermesra-mesraan , bergelak-gelak sakan . kami pon membuat kata sepakat nak berambus . on the way nak balik , area Kota Warisan si Lia ni dapat call . sambil berborak dalam phone , sambil menyiku aku . boleh ?

aku tengah drive oke  , kau plak siku-siku aku kenapa ?

oke tak lama tu Lia bagitau aku , BF dia call ajak pegi tengok wayang . mata aku terus terpandang jam kat meter kete .

aik ? da pukul berapa ni ?
biar betuuuullll !
tetiba je kan ? siapa plak nak payung ni ? tengok citer apa ?

soal Lia macam polis pencen oke . hahahahahaha . nasib lah . aku kan memang jenis banyak tanya . jawab Lia

ntah ? ada org belanja .
 terus pegi Alamanda la . drive cepat sikit .

amboi kemain ? nak drive cepat sikit . baik , aku drive cepat banyak . oke ? confirm cepat sampai *sambil kenyit mata* pastu dalam keta , aku da rasa macam naik rollercoster . 20minit da sampai Alamanda . terus nak berlari-lari anak kan . mulut tak henti-henti cakap

cepat Lia cepat !    
eh kau rasa siapa yang belanja eh ? tetiba je ? siapa je yang pegi weh ? 

hahahaha gila saiko , tak tenang hidup mamber aku sorang ni . nasib kau lah beb dapat kawan macam aku . so bila da dapat sit semua , da duduk ambik mood bagai tapi tak sampai 5minit aku dengan Lia da bantai gelak .  hahahahahahahaha gila best citer ni ! lawak gila beb ! sambil pandang-pandang Lia pastu gelak sampai nak pecah perut . memang serius kelakar . aku gelak sampai da tatau nak gelak cara apa lagi da . hentak-hentak kaki da , tekan-tekan perut da , apa lagi gaya aku nak gelak ni ? woiii kelakar gila !

lansung takde rasa menyesal pegi tengok walaupon movie start pukul 10 , tak menyesal drive keta lelaju sebab nak cepat sampai . tak menyesal lansung , yang aku rasa kelakar , lawak n rasa nak gelak sampai batuk terbahak-bahak . kalau tak caya pegi tengok citer ni adnan sempit 2 . lagi lawak dari yang biasa .



baru teringat semalamkan hari Rabu , tiket separuh harga kann ? patut lah ada yang baik hati nak belanja =)
pape pon mekaseh daun keladi , besok lusa boleh belanja lagi !


notaeekin : Lia tak sudah-sudah kata 'nak tengok lagi . nak tengok lagi' kemaruk ke hape budak ni ?


♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Wednesday, February 22, 2012

Minit Meeting

Assalamualaikum

Selamat pagi n salam Rabu . pagi ni tak dan nak menceceh panjang lebar . ni singgah kejap , take 5 konon nak lepas rindu . boleh ?

pagi ni aku kena attend minit meeting T____T
sangat aku tak suka sebenarnya , tapi apakan daya . muka aku je yang jadi harapan .
so , aku kena komit dengan konpiden . eleh budget macam nak buat presentation plak kan . padahal duduk dediam , take note je pon . kecoh !

oke . da abes 5minit . sekarang nak berambus p meeting . nak pekena bihun goreng + telur mata + kuih .
teh tarik ngan nescafe . erk ? ni nak p meeting ke , p makan ? oh ! kalau bab makan kena ikut kata pepatah sambil menyelam minum air . gulp gulp gulp ! 





♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Monday, February 20, 2012

Bruno Mars


Tensi ! aku da sesiap letak lirik lagu bagai tup-tup lirik tak nampak . tapi takpe , demi mudahkan kerja . ni aku bagi video dari youtube terus siap lirik  . hayati sampai lebam =]

Talking To The Moon - Bruno Mars



masih dalam mood merundum kalbu T___T
sorrylah , aku kalau bab-bab terkena batang hidung sendiri ni memang ambik masa sikit nak pulih semangat .
lagu pon mendayu-dayu gitu kan , feeling pon hover lah .


♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Bengang

Assalamualaikum




macam biasalah kalau dari kampung , aku confirm lambat sampai office . jem kemain lagi yeh T____T

tergedik-gediklah korang ni , tak pergi kerja ke kalau da bawak keta macam orang bercinta ? ke memang korang suka bergambar time drive -.-'

oke tu citer dalam keta , ni citer kat office plak . da lah aku ngah kelam kabut sebab da lewat pastu bila da sampai office ada pulak mulut longkang yang bising-bising macam langau . perli-perli perhal ? macam aku sorang yang datang lambat kan ? macam kau tak pernah plak datang lambat . untung jenis macam aku ni tak suka nak menjawab  , eh kalau aku menjawab kang puaka pon kalah ngan mulut aku ni tau . hah ! time tu baru kau tahu langit tinggi rendah . kemainkan garang giler . i bengang oke , bengang ! sampai tahap nak bagi makan kaki je tadi . tapi sabar lagi , lets menyumpah dalam hati . eh tapi tak boleh jadi jugak , tak puas menyumpah dalam hati kena buat luahan perasaan kat blog jugak .

hooooii memang pepagi da bagi aku panas hati jelah , tak pasal-pasal aku buat dosa kering mengumpat kau ! niat yang konon nak pegi kerja happy-happy awal-awal da jadi abu , semangat nak buat kerja lansung tak mari . tak memasal dapat dosa berbakul . tapi takpe , ragam n adat berkerja camtulah . cuma nak bagi peringatan jelah , pasni pape kerja kauu silalah buat sendiri yeh , takdo nak tolong-tolong lagi da !


♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Sunday, February 19, 2012

Laman So-sial


Assalamualaikum

gila kan tetiba nak buat entry pasal laman so-sial . ntah apa benda yang nak diso-sialkan sangat pon tatau lah -.-'

tapi takpe , demi nak menyatakan rasa kemaruk aku yang ngah tinggi menjulang-julang ni . dengan senang hati aku nak sharing . oke , sekarang zaman IT betul ? tak kira tua muda , kecik dewasa sibuk ber-FB n
ber-TWEET , tapi cuba korang pura-pura ambik berat pasal aku . buat-buatlah tanya apa yang aku kemaruk sangat ni ? mungkinkah FB ? mungkinkah TWITTER ? tanyalah wehhh ! tanyalaaaahhh . oke takpe ! tanak tanya yeh ? baik ! biar gambar ceritakan segalanya , wah gitu ! kelassss kau kinn .


TAGGED

oke sekarang ni , jujurnya aku da hilang minat nak layan FB or TWITTER semua tuuuu . padahal orang sekarang berpusu-pusu nak ber-FB or ber-TWEET kan ? tapi aku ? sanggup tutup akaun FB n TWITTER sebab da boring gila nak muntah ! kuakuakua kawan boleh kira dengan jari , mahu tak boring kannn ?  tu yang berubah angin mengarah ke TAGGED plak . sebab kawan aku ramai dalam tuuu . yelah da bertahun koot menatang tu aku layan . dari sekolah kalau tak silap , tapi masa tu kejap timbul kejap tenggelamlah kannnn . sampai aku rasa da naik bersawang da TAGGED aku ni . bunyi macam ketinggalan zamankan ? tapi aku fedulik apa dengan mulut orang . eh ! kalau ketinggalan zaman sekalipon , ada aku kesah ? hah ! hamek kau . tapi as yang kita semua tahu lah , laman so-sial macam ni banyak buruk n baiknya . macam FB gak , TAGGED pon ada buruk n baiknya . baiknya dapat jumpa kawan-kawan lama , buruknya mendatangkan kelekaan n kealphaan . kena jaga-jaga tuuu . jangan sampai besok da kemaruk ber-FB, ber-TWEET , ber-TAGGED semua . mak panggil pon buat tak dengar je kann . kerja jadi bertangguh-tangguh . macam aku seminggu lepas . sibuk nak berso-sial dalam TAGGED kerja dari sikit jadi banyak . pastu hari Jumaat baru tergedik-gedik nak setelkan . baru tergedik-gedik sibuk sana sini T_____T

make sure korang tak macam aku yeh , time kerja tu fokuslah dengan kerja . kang da ada masa lapang baru bersosial dalam lama so-sial . oke ?


notaeekin : kawan biar seribu , tapi bercinta biar setia pada  yang satu . renung-renungkan n selamat beramal =]

♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Friday, February 17, 2012

Slute Habisssss !

Assalamualaikum !


yang baik dijadikan tauladan , yang buruk dijadikan sempadan =]



email pengirim kepada si blogger

assalamualaikum..


xtau mcmana nk mula... maaf ganggu akak.. sy da buntu sgt2,xtau mana jalan penyelesaiannya... mungkin ini kisah paling bodoh dlm hidup sy skang ni kak.. ni jadi 1 mimpi yg sentiasa ganggu sy.. sy da bosan mcmni kak.. sy da penat.. tp xtau mcmana nk hentikan.. perkenalan sy dgn wan bermula masa sy baru melangkah ke ofis baru.. diawal2 lg sy akui, sy sedaya upaya elakkan utk dihimpit mana2 lelaki.. mungkin kerana fobia dgn kisah lama.. tp, bila makin hari x putus asa wan berhajat tumpangkan sy balik.. sy trima sbb da xde alasan lg sy nk elak.. utk pengetahuan akak.. wan da berkahwin da hampir 5 thn,tp blum dikurniakan cahaya mata.. bukan itu yg menjadi punca utk kami rapat.. mungin kerana sy memberi ruang dimasa hati ni dilukakan.. itu menjadi masalah pd sy sekarang...

untuk pengetahuan akak jgk, wife wan da pn tau tntg ni.. malah 1 ofis kami da sedia maklum tntg ni.. tp,entah kenapa hati ni keras utk bertahan disisi wan.. wife wan pernah datang ofis utk jumpa sy,tp kebetulan sy baru turun.. kemudian wife wan call ofis cari sy.. sy da kehilangan kata2.. malah, wan sentiasa bg sy kata2 utk sy bertahan dan wan akan uruskan wife dia.. tp skang da hampir setahun.. selama setahun ni, sy memerhati kebahagiaan dia tnpa sy ggu masa dia bersama wife dia.. tp, hati sy bgi disiat2 bila penipuan demi penipuan yg dibuat.. sy salahkan diri sendiri kerana hati yg 1 ni dikorbankan lg utk dilukakan.. sumpah kak, sy da berkali2 cuba undur diri.. tp wan sentiasa muncul depan mata sy.. sy da mengelakkan utk reply smua msj dia.call dia.. tp dia sentiasa ada.. sy da buntu mcmana nk buat wan supaya x ggu sy lg.. percaturan utk membahagiakan diri sendiri dari kemusnahan org lain.. tu bukan impian sy kak.. saat skang ni pn, sy da xtau ape lg jalan yg patut sy buat.. minggu lepas, utk buat dia benci sy.. sy nmpak kain baju wife dia dlm keta masa amek sy.. sy gunting kain2 tu depan mata dia kak.. masa tu perasaan sy cuma nk buat dia mrh sy,dan berhenti cari sy.. tp jangkaan sy silap kak.. dia x marh pn.. malah dia katakan pd sy walau ape pn jadi.. dia akan pastikan dia akan tinggalkan wife dia.. Ya Allah kak, tu bukan niat sy kak.. sy da habis buntu.. xtau mana arah sy nk tuju..sy da xtau nk bercerita dgn sape kak.. sy da xtau ape jalan yg sy nk lalu sekarang ni.. tolonglah beri sy sikit jawapan ape yg perlu sy buat lg kak.. 
sy mengharap.. terima kasih.

KLIK READ MORE >> UNTUK ENTRY SEPENUHNYA

♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Suatu Ketika - Part 2 (Gambar)

Assalamualaikum !
 
ni kesinambungan dari entry yang lepas =]
selamat mencuci mata dengan kecomelan wajah aku *pitam*





kenangan dulu-dulu dowh , rindu giler . siap pakat lepak kat Johnny's lagi . budget macam kaya-kaya je kauu kan ? T___T
 
 

♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Wednesday, February 15, 2012

Suatu Ketika (Gambar)


Assalamualaikum !

tajuk tanak mengalahkan , oke memang tanak ngalah pon . kenapa ?



sebab aku nak tepek gambar aku suatu ketika dulu yang konon-konon wow wow n wow ! comelnya aku
* pitam *








































muka harus stok muda jelita oke baru semangat kegemilangan tu tak hilang .
auuuuw ~


notaeekin : tengok gambar ni , terus teringat masa-masa kegemilangan dulu weh 




♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Monday, February 13, 2012

Aku & Hobi baru


Assalamualaikum !


ehem-ehem tetiba kan nak citer pasal hobi baru kat blog ni . macamlah korang kesah plakkan ?
oke takpe , nak ambik kesah ke tanak ambik kesah ke , terpulang . yang penting misi aku nak berkongsi  cerita pasal hobi baru aku ni berjaya * mata bersinar-sinar *

aku ingat lagi dulu masa sekolah , aku memang dasar pemalas gila nak baca novel or buku-buku sastera yang tebal bapak tak hengat dunia tu . dari aku baca , baik aku tidur . nikmatlah jugakkan . mood aku dulu bab baca-baca buku tebal ni memang awal-awal kelaut da . gila boring kot bila selak-selak semuanya tulisan . nak harapkan gambar ? ah ! jauh sekali . tapi cuba kau campak kat aku majalah gosip-gosip ke , yang berbentuk hiburan gitu confirm tekun je aku baca tak toleh kiri kanan -.-'

memang da terang lagi bersuluh , tu lah hakikat diri aku yang sebenarnya saban harini kauu nak kata apa ? tapi siapa sangka dalam angan dan sedar ahaksssss maaaawiiiiiii ! * ada sesuatu yang aku rasa mula berubah sikit demi sikit . minat aku seakan membuak-buak , membuak-buak untuk mencintai hobi baru . kalau dulu aku benci gila nak pandang novel-novel ni yang konon jadi kegilaan kaum hawa macam aku . tapi sekarang , dengan sekali * plingggg * semuanya berubah sekelip mata , hati tertambat untuk belajar mencintai n menyukai hobi baru yang da mula kembang mekarnya . ahakkss mekar sangat lah tuuu .




Kasih Tak Kesampaian - Niesya Hanie
Cinta Pandang ke 2 - Laila Kamilia

lansung terbit dalam hati teringin nak jadi pembaca novel tegar . bangganya diri bagai tak hengat dunia tapi hakikatnya baru mula nak berjinak-jinak je . da nak masuk duabulan baru dua naskah novel yang aku sempat khatamkan . tapi eksen kemain macamlah da khatam bernaskah-naskahkan ? eh tapi oke lah tu , asalkan kau mahu , asalkan kau sungguh mesti yang benci pon boleh bertukar jadi suka . yang suka plak makin jadi suka  berganda-ganda . walaupon mula-mula setakat isi masa lapang , mana tahu lama-lama nanti jadi kebiasaan kan kan kann =] budaya membaca haruslah dipupuk dari sekarang dan dan lah nak kata camtu  dulu takde pon ? 



notaeekin : ni hobi baru aku , camne lak ngan hobi baru korang ?

♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Saturday, February 11, 2012

Seram : Pernah tak berlaku pada korang ?

Assalamualaikum !

olahan cerita berdasarkan kisah benar n pengalaman sendiri

ni kes semalam , tengahari tu aku menebeng lepak n makan kat rumah si Lia ni hah . hari Jumaat kan , rehat sampai pukul 3 lah . kitorang bab grab-grab kesempatan ni memang mantap ! so tercongoklah aku melepak kat rumah dia , teman n tunggu dia packing kain baju , sambil tengok tv n perkena nasi goreng . petang tu pon lepas balik kerja , aku follow dia balik rumah lagi . kata nak mengemas plak , nanti tinggal rumah takdelah bersepah sangat . ololo ~ cuwet cangatlah awak ni Lia . hahaha . tengah dia mengemas tu aku kusyuk layan tv sampailah ke magrib . tak lama tu dia pon datang join aku tengok tv , dalam ngah tekun tengok tv tu minah ni boleh plak bukak citer seram . pasal apa aku kata seram ? oke , da kebiasaan bila duduk apartmen ke flat ke bila ada masa-masa tertentu kau akan dengar bunyi-bunyi yang tak mententeramkan jiwa . macam tu jugak kat apartmen si Lia ni . dia kata tiap kali magrib oke , mesti ada bunyi-bunyi yang bakal mencuakkan kau . kalau kau lah kan ? apa kau rasa bila magrib ada dengar orang tolak troli , or lebih tepatnya tarik bagasi yang beroda

oke , kalau sesiapa pon yang tak biasa mesti akan pikir 
alah bebudak kot tarik beg sekolah yang ada roda tu .

 tapi kalau da kerap , tak ke kau rasa macam pelik
takkan tetiap hari / tetiap kali Magrib tu lah dia nak menarik beg roda tu kan ? lama plak tu 
berlegar-legar dalam rumah .

ya ! dalam rumah oke , dia nak main tolak tarik roda tu apa kejadahnya ? magrib oke orang ni betul ke tak ? hah cuak rite ? tapi masa Lia cerita tu tengahari , suasana takdelah seram sangat . aku pon dengar acuh tak acuh je . sampai magrib tu , ngah leka aku tengok tv dia boleh tegur aku 

hah !  dengar tak ? bunyi org  tarik troli ?

hoooooi perhal ni ? sentap sekejap . tekun telinga aku tangkap bunyi tu . lepas tu jangan tanya kenapa aku diam tetiba yeh . tu maknanya aku ngah cuak tahap babuns . rasa darah berderu-deru naik ke muka . OMG ! serius ni ? memang confirm bunyi orang tolak tarik beg roda or troli dalam rumah time-time senja ni ? dalam rumah plak tu bukan kat koridor luar yeh kawan-kawan . seramkan ? takutkan ? hah ! tu lah yang aku rasa . fokus nak tengok tv pon da hilang . mood da seram-seram . kau nak tengok tv apa lagi . oke , ajak Lia blah . serta merta berubah jadi penakut , sebab aku da dengar . kalau Lia tak tegur aku . memang aku tak perasan pape pon . kau nak tarik roda ke ? nak tarik hape ke ? aku buat tak reti je , tapi bila da ditegur memang sah ! aku jadi penakut ya amat , tapi still nak cover muka konon macam tak cuak -.-'

berdessup aku sarung tudung ready nak blah . yang si Lia ni time-time nak blah tu lah dia boleh kata 

alamak ! aku lupa nak sidai kain baju lah .
  
hah ? fomfuan ni biar betik ? aku da seram ni tapi dia boleh kata lupa nak sidai kain baju ? oke-oke takpe , tunggu kejap . sambil-sambil tu meh kita dengar bunyi roda kat rumah atas yeh . a'ah memang dengar sangatlah , tak benti-benti lagi dari tadi perhal ? lebih limabelas minit da koot . ni memang saja nak bakar aku ke hape ? tapi kata Lia dia da biasa da , cuma kalau sorang-sorang tu confirm cuak jugak . memang serius dowh , menakutkan . suasana pon terus bertukar jadi penuh misteri gitu . ni baru kes dengar bunyi je , belum dengar cerita kalau aku terjumpa lagi . memang takdelah nak tunggu lagi limabelas minit . ntah-ntah da pengsan tak sedar diri kot . hahahahaha nampak tak , nampak tak ? betapa penakutnya aku . tapi muka tetap nak cover lebih . eh ! takut-takut jugak , muka confident kena ada =]


notaeekin : ni pengalaman aku , korang caner plak ?


♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Friday, February 10, 2012

Awesome !

Assalamualaikum !

serius awesome gilaaaaaaaaaaaaak =]







♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Thursday, February 9, 2012

Lepas Rindu ?

Assalamualaikum !

lama giler kan aku menyepi , bawak hati yang lara noks . 

so harini kemunculan aku bukan disebabkan rasa hati membuak-buak nak update blog yang da bersawang ni tapi sebabkan rasa rindu nak menaip macam dulu-dulu . yelah giler kau tak rindu . kawan-kawan ada yang tanya oke kenapa aku da lama tak update blog ? maka dengan kecil hati lagi merendah diri aku jawab 'bukan blog je , fesbuk n twitter pon tak update da' uwargghhhh ! menyentap-nyetap hati ni tau bila diajukan soklan agak cepu emas camtu . aku rindu sangat nak update fesbuk , nak jengah twitter , nak berceloteh kat blog . tapi kerana tekad asalnya , aku boleh hidup dengan  menyepi diri dari semua laman social network ni ternyata tak berkesan . maka misi untuk mengapai cita-cita tinggal menjadi impian haaaaaarggpuuuiiiihh . 

kalau fesbuk memang serius aku tak kesah sangat , walaupon ada yang tanya 'kemana hilangnya FB aku ?' tapi seakan tak heran dowh . hahahhaha konon boleh hidup tanpa FB , tapi ce-tanya pasal blog ? mahu meleleh jugaklah airmata ni . aku rindu giler nak menceceh kat blog . tapi aku tahan-tahankan je selama berminggu-minggu . n now bila kembali mengarang , giler macam batak plak kan . menaip tak toleh kiri kanan lansung . memang dasar hover kemainnn .

sebenarnya , aku cuba nak meng-update blog ni dari semalam . nak update trip Family Day belah ayah aku . tapi sayang , internet kat rumah kampung slow giler babs buatkan aku rasa menci n mengtensikan . naik jemu aku nak hadap blog ni tunggu pic loading . oke , jemu yeh ? tensi yeh ? baik , tutup blog , shut down lappy . jom tengok tv . bahgia giler dowh , layan citer Constantine lakonan Keanu Reeves . siap rakam bagai , pastu layan sampai jemu nak muntah . hahahahaha 

hah ! hamek kauu . nak jugak tepek gambar ni kan . gila tanak tepek , Keanu Reeves koot . yang kacak ni kot . dalam citer Constantine tu kooot buat aku rasa auuuw seksinya kau Reeves ! (sambil lap airliur meleleh-leleh) akak memang gemar suasana teruja begini . ahakssss ~ geletis kemain kauu kann , padahal citer ntah taun bila punya ntah ? sibuk nak kepoh ! APTB 


korang rasa life aku macamana ? bosan eh ? yeah ! memang membosankan tapi disebalik kebosanan tu ada terselit kebahgiaan yang tak jelas pancarannya , nak kata malap pon tak jugak , cukup-cukuplah buat suluh aku yang rabun ni . n yang paling penting sekali yeh kawan-kawan ! akhirnya aku tahu jugak orang yang aku tunggu n cari selama ni masih ingatkan aku , walaupon sikit . tapi bernilai mengalahkan berlian dan permata oke . ahhhh ~ terasa diri disayangi dalam diam-diam gitu . terharu akak tauu (sambil lap airmata dengan hujung kain tudung)



n/e : puas mengelap airmata n hengus yang da bercampur ngan airliur kan ? oke sekarang boleh sambung buat kerja yeh .


♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥