Powered By Blogger

Klik-Klik Saja !

About Me


. Assalamualaikum ! .

Kehadiran aku mengisi ruang kekosongan sebagai blogger olok-olok membangkitkan rasa nak jadikan blog tercinta ni sebagai medan mengisi luahan rasa , aktiviti , coretan , bingkisan mengenai jalan kehidupan aku sendiri .

dengan lafaz bismillah , aku memperkenalkan diri . 
Siti Norashikin Bt Tulrahim adalah nama julangan yang telah diberikan kepadaku di saat aku mula melihat kehidupan di dunia ni . dengan berbekal sebakul harapan semoga aku boleh menjadi seorang anak perempuan yang sentiasa mentaati orang tua ku sendiri dan menjadi contoh serta idol kepada adik - adik yang lain .

aku selamat  dilahirkan oleh ibunda tercinta tanggal 1989 di salah satu rumah sakit yang terletak di daerah Muar Johor . bangga menjadi anak jati Johor yang kini menetap di Putrajaya demi mencari rezeki untuk membantu keluarga dan juga orang tua tercinta .

terciptanya kewujudan blog ni adalah kerana minat aku yang cukup mendalam terhadap penulisan yang berunsur kehidupan peribadi , dunia hiburan , kekeluargaan , menu makanan , dan lain - lain lagi yang konon pada mulanya hanya sekadar bertapak di dalam diari . tanpa si diari tiadalah blog disisi .

diharap kemunculan blog bakal berkekalan tak kira apa yang mendatang . doa - doakan kerajinan sentiasa memuncak - muncak untuk meng - update entry tanpa ada sedikit pon sifat kemalas - malasan :)

terima kasih .


♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥