Powered By Blogger

Klik-Klik Saja !

Monday, August 15, 2011

Maafkan aku

Sekian lama aku tahan airmata akhirnye membasahi pipi jugak.. bukan akibat kesusahan yang aku rasa tapi kerana kasih dan sayangkan seorang lelaki bernama rifdi.. 

pagi ni aku dapat bbm dari pak rifdi info yang dia tak dapat pergi kerja sebab satu-satunye kenderaan yang dia ada break-down.. punya lah risau hati aku ni tuhan je yang tau.. tapi masih cover perasaan tu dengan jawapan yang biasa-biasa "ok" dan "xpelah org tak kesah" sedangkan hati meronta-ronta merintih kenangan kesayangan sendiri.. memang lately ni kereta pak rifdi kerap meragam so sebabkan tu dia kerap cuti kerja termasuklah hari ni.. apa yang aku sedihkan sangat aku tak mampu bantu dia saat dia perlukan bantuan aku.. pak rifdi sampai kata dia nak nanges kenangkan keadaan dia sekarang.. kalau dia baru "nak" nanges da tu aku ni?? tak boleh nak bercakap da.. sedih giler aku rasa.. apetah lagi pak rifdi.. selama ni pak rifdi yang aku kenal memang jenis tabah lagi sabar.. tapi hari ni ketabahan dan kesabaran dia aku rasa seakan mulai goyah..

aku?? hanya mampu jadi pendengar dan tempat untuk dia luahkan perasaan.. terasa macam tak bergunanye aku pada pak rifdi.. mana aku saat dia perlukan bantuan?? mana aku saat dia lalui waktu kesusahan?? mana aku?? hanya mampu perihati dari jauh.. mana janji aku pada pak rifdi yang konon sudi susah senang bersama?? sedihnye aku..



















maafkan aku..
kalau aku bukan yang sempurna di mata kau tapi aku sentiasa cuba untuk jadi dan bagi yang terbaik

maafkan aku..
kalau aku tak mampu bantu kau saat kau memerlukan memang terasa diri ni tak berguna

maafkan aku..
kalau aku tak dapat sama merasai kesusahan kau saat ni tapi aku nak kau tahu aku sentiasa ada disisi menemani

tak kira apa sekali pon yang terjadi aku nak kau tau aku sayangkan kau lebih dari segalanye..
sentiasa sudi jadi peneman saat kau memerlukan..
sentiasa sudi jadi pendengar setia..
hanya tu yang mampu aku beri walaupon ianya tak seberapa..

maafkan aku..


♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

No comments: