Assalamualaikum, haiiiiiii
pejam celik pejam celik sekejap je da hari Isnin kan?? sekejap je rasanya duduk kat kampung ni hah.. rasa macam taknak balik wooooooo *eh da bagi betis nak peha* kang ni makan dia.. so selama tigahari aku kat kampung ce-tanya sikit apa aktiviti aku?? memerap kat rumah, makan tidur makan tidur, tengok tv *citer hindustan*, keluar makan angin sampai kembung perut.. yezza tu lah aktiviti aku selama tigahari ni.. bestkan?? indah betul dunia aku *star-star*
memang tak terasa pon masa berlalu meninggalkan aku yang sentiasa leka ngan dunia sendiri.. kalau lah boleh aku putarkan masa tu pada time2 yang aku nak.. kan best.. eh takde ke orang cipta mesin masa zaman sekarang?? kalau ada bak meh sat aku nak pinjam.. hahahahahaha..
tapi betullah, masa sekarang cepat berlalu.. kejap je da hujung tahun 2011 kan?? kang da masuk 2012 pejam celik pejam celik eh kejap je da hujung tahun kan.. makin hari makin tua.. uwarrrrrrrgggggghh!! tak bestnya.. kan best kalau umur tu tak berganjak.. seploh tahun akan datang pon tetap umur duploh tahun.. boleh?? ishhh yelah bukan apa.. umur makin menua ni, makin banyak benda nak kena pikir.. macam-macam target kau nak capai..
sesiapa pon kalau boleh nak yang terbaik untuk kehidupan masa akan datang.. takde siapa yang nak hidup sama cengitu lepas bertahun2.. tapi untuk dapatkan kehidupan yang kau harapkan tu usaha n target kena ngam, tak boleh miss sikit pon.. kalau ter-miss jugak pandai2 lah kau nak cover balik.. terasa kan semakin tua, semakin mencabar perjalanan kehidupan ni.. aku ni pon baru umur duplohdua tahun ok, da rasa wahhhhh susahnya hidup ni.. ala2 nak give-up gitu kan, ni kan pulak mak ayah kita yang hidup dah berplohploh tahun tu hah.. apalah yang dorang rasa agaknya?? tapi tu lah kehidupan ni yang banyak mematangkan manusia.. dugaan cobaan tu yang buatkan kita lebih tahu membezakan mana buruk baiknya.. aku sendiri pon, kadang2 kesusahan yang datang dalam hidup ni banyak ajar aku erti kehidupan.. tak semestinya kesusahan tu sampai bila2 kan.. kehidupan ni pon ibarat roda.. tak selamanya kau dibawah n tak selamanya kau diatas.. pepatah pon ada berkata bersusah dahulu bersenang2 kendian.. so tak salah pon kalau kau harungi kehidupan dari bawah, sebab dari bawah tu lah yang banyak bawak sejuta erti dalam kehidupan kau akan datang.. memang betul kita kena sentiasa pandang kedepan untuk kehidupan yang lebih baik, tapi kau kena ingat sekali sekala kau kena pandang ke belakang jugak sebagai peringatan siapa diri kau dulu.. tu kira macam semangat lah dari kau jadi leka n lalai lansung jadi yang bukan2.. hah paham????
aku da macam ahli falsafah kan?? eh falsafah untuk motivasikan diri sendiri takpe pon, tak salah pon..
so sama2 lah kita mengingati satu sama lain yeh.. selagi nyawa dikandung badan *wah kemain* hargai lah kehidupan kau seelok2nya.. kita pon tak tahu sampai bila kita akan menumpang di pentas dunia ciptaan Yang Maha Esa ni kan..
renung2kan n selamat beramal..
No comments:
Post a Comment