Powered By Blogger

Klik-Klik Saja !

Wednesday, August 1, 2012

Jeguk - Jeguk Ramadhan


ASSALAMUALAIKUM !

Ya Allah , lama gila tak menjenguk blog ni kan ? Last update entry pasal MasterChef Selebriti pastu lama kemain senyap menyepi . Nak kata benti berblogging tak jugak . Nak kata rajin meng-update pon tak jugak . so kita anggap half - half jela yeh :)

Harini da berapa Ramadhan eh ? Aku lupa suda , sebelas ke dobelas ? Tapi tak kesahlah tu , alhamdullilah sampai ke harini aku masih lagi belom cuti puasa . Wah ! seronok tau . Kalau la boleh aku ni puasa penuh cukup 30hari kan best . Tapi boleh ke ? NGEEE ~

Ok aku diciptakan jadi seorang wanita , n wanita didunia ni ada keistimewaan n kelebihannya maka bersyukurlah aku diciptakan menjadi seorang wanita . No rungut - rungut ! HAHA n dikesempatan ni jugak , aku nak mengisytiharkanlah yang tak sangkanya pejam celik pejam celik blog aku ni da setahun wujud weh ! Dari haritu aku teringat tapi tu lah asal nak meng-update blog je malas , n asal malas je time nak meng-update blog kan ? Acaner tuuuuuuuu ?

N dikesempatan ni jugak aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK pada semua yang mengenali diri ini . Ceceh ! Gelis bulu tiak I tau . Macam retis nak dikenali gitew !
Pape pon puasa penuh pada yang diwajibkan puasa penuh tu yeh . Bulan ni lah kita sebagai umat Islam nak mengumpul pahala kan ? Jadi reti - retikan lah diri tu buat amal ibadah yang patut yeh :)

Renung - renungkan n selamat berpuasa !
Peace yaaaww !





♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Saturday, June 30, 2012

MasterChef Selebriti



Assalamualaikum .

Aku ngah kemaruk layan program rancangan masakan MasterChef Selebriti ok . walaupon ulang tayang kat Astro tu sampai 5-6 kali satu hari aku tetap setia menonton sebab aku rasa bila aku tengok rancangan tu , nafsu makan aku jadi membuak - buak gitu =_="

so sehingga ke minggu ke-9 kot kalau tak silap la , selebriti yang masih bertahan ialah Dato' Fazley, Juliza Adlizan, Soo Wincci, Tomok, Angah RL, Azwan Ali, dan Farouk Hussin . memang tak dinafikan persaingan agak sengit jugakla tapi bagusnya dorang ni sebagai selebriti sentiasa ada kerjasama antara satu sama lain dalam setiap cabaran yang diberikan . dorang memang bagus - bagus , kreatif - kreatif n suka mencabar diri sendiri dengan setiap cabaran yang dorang lalui tetiap minggu .

pada aku , memasak bukan semudah yang kita pikir . even kalau kau jenis yang teror masak pon , sometimes dalam competition kau boleh tetiba jadi blur , tetiba jadi macam tak teror . apetah lagi dorang ni selebriti yang ada diantaranya memang tak tahu masak , tak biasa masak , tak pernah masuk dapur untuk masak . mungkin agak susah untuk dorang tapi atleast dengan adanya program rancangan masakan macam MasterChef ni , dorang boleh tonjolkan bakat terpendam dalam diri masaing - masing .

bagi aku , selebriti yang aku rasa boleh pergi jauh dalam rancangan masakan MasterChef ni 






ni la antara tiga selebriti yang aku rasa boleh bertahan sampai ke final . sebab Dato' Fazley dia ada cara masakan yang tersendiri , keyakinan peribadi dia sendiri yang menyakinkan aku dia antara salah sorang top 3 yang akan ke final MasterChef Selebriti Malaysia nanti . Angah RL plak aku suka kreativiti dia planting di setiap cabaran masakan , pastu Angah ni dia jenis yang positif . Pape pon yang dia hadapi masa cabaran setiap minggu tu dia pandang n berfikir secara positif . Soo Wincci plak , aku suka dia sebab dia teror buat desert . bukan calang - calang desert yang dia cuba buat n cabar diri dia untuk sentiasa menampilkan sesuatu masakan yang berlainan setiap minggu . so mereka bertiga ni la yang aku yakin akan ke top 3 MasterChef Selebriti nanti .

actually MasterChef Selebriti ni satu program yang pada aku bagus , sebab setiap selebriti mewakili badan charity memasing . so atleast hasil usaha dorang as selebriti dengan bertahan selama mungkin dalam program rancangan tu dapat disumbangkan melalui pemberian dana yang dikumpul setiap minggu . maknanya makin lama dorang bertahan , makin meningkatla dana sumbangan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan .



p/s : baguskan ? sambil belajar masak sambil beramal :)




♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Friday, June 29, 2012

Penampilan seiring usia



Assalamualaikum !



Aku sekarang kan da boring dooe nak pakai t-shirt . mungkinkah sebab faktor peningkatan usia buat aku rasa nak melaram pekena blouse - blouse tutup punggung ?

errrr errrr maybe lah kot . sebab usia semakin matured kan .
ishhh ! tak boleh nak kata apalah .

so misi utama aku sekarang , seboleh - boleh nak kumpul koleksi baju ala - ala blouse yang sesuwei gitu ngan usia aku . alahai trend sekarangkan blouse / kemeja fomfuan kain lembut tu hah ! bunga - bunga ada , stripe ada , dot - dot ada , plain pon ada tau , kan trend remaja muda mudi sekarang kan ? ok I da terpengaruh okeh ikut - ikut trend begitu n sebabkan baru nak bermula jinak - jinak merpati pekena baju begitu . misi membeli baju 2 minggu sekali / sehelai . HAHA so takde lah nampak sangat macam aku ni terpengaruh kan ?
then bila da banyak helai , semua t-shirt I pasni boleh simpan or buat baju basahan lepak kat uma even baju t-shirt tu baru pakai 2kali .

sebabkan minat aku da beralih arah ke fesyen begitu , haritu aku n mak aku telah membawa diri masing - masing ke kedai baju untuk mengusha mana yang berkenan di hati . n hasil dari usaha mengusha tu , aku tetiba macam jatuh cinta gitu bila tengok blouse - blouse . pilih punya pilih , kenan punya kenan . taraaaaaaaaaaa !




sorry gambar tak berkualiti sebab hamek pon pakai HP je . yang penting adoooo kan ? hijo hijo gitu bunga comel - comel . ok lah ek ? ni je pon yang berkenan kat mata turun ke hati .

alala kalau orang comel , pakai apa pon comel kan kan ?
#pitampatratusjutakali





♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Repeat : Pizza lagi !



Assalamualaikum !



Sebabkan mak aku dapat kupon pizza je manjang so haruslah kita melantak pizza sampai jemu muak .
macam duit banyak sangat kan dinning pon fast food . untunglah ! dapat kumpul lemak tepu =_="



muka bebudak yang semangat melantak pizza .

tapi yang ni lagi semangat . ceh ! konooooooooooooooonnn 


ehem - ehem tepu tak tepu lah , rezeki jangan di tolak so bila tak tolak , makan jelah kan ? 
nafsu ngah melonjak - lonjak nak makan ni apa lagi bedal jelah . 
badan - badan kendian citer .

k ! bye .






♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Mereka Yang Diraikan !




Assalamualaikum !

Fuyoo lama tak tengok blog oh . Agak merindui jugakla tapi nak buat acaner malas mengatasi segalanya . Lagipun sekarang sibuk sikit (budget dia punya sibuk mengalahkan PM)

Selama aku diam menyepi diri ni , adala jugak cerita yang best eh tapi lagi banyak cerita yang tak best . 
Acaner tuuu ? HAHA 

So meh kita mulakan dengan sajian cuci mata untuk festa Fathers Day n Celebrate Birthday Fais si adik tersayang :)


Kek yang diraikan

11 saya sayang abah 
22 saya sayang mak 

Mereka yang diraikan 

Happy Fathers Day Abah !
Happy Birthday Fais !

1-300-88-2525
Jenuh nak mengingat !


Celebration yang serius happy + meriah gila . Tu sebahagian dari tetamu yang di-invited . 
Konon plan nak pekena Pizza je pastu setiba nak tunggu pizza deliverd ke rumah , my mum yang tersangat rajin n banyak masa tu plan nak tambah menu lain . So , dia buatla bihun sup . Habis ok !
Ingatkan makan pizza je da cukup kenyang , oh tapi andai aku silap ok . Makan pizza muak , makan bihun sup sedap + kenyang . Nasib baik ada buat menu tambahan kalau tak tetamu balik rumah mesti mengadu lapar -_________________-"

Plan ni pon buat last minit . Mak aku dapat kupon pizza for delivery tu duakeping . So after discuss punya discuss kata sepakat dicapai , budget nak buat suprise untuk abah for Happy Fathers Day sekalian nak buat suprise untuk Fais (kononya la) tapi sesiang dia da tahu kitorangnya plan . Memang dasar tak boleh nak buat suprise betul la budak sorang ni .
T_________________T

Selain pizza n bihun sup , ada la jugak kek n coklat homemade . Jenuh ok aku ngan mak aku bersesak-sesak kat dapur buat kek sendiri , pastu buat coklat stick sendiri . Berpeluh-peluh tau .
Tapi demi si abah n si adik tercinta , apa salahnya kita penat sikit untuk meraikan hari istimewa dorang .
Bangga lagi ada tau , coklat yang tersusun atas kek tu I ok yang TOLONG buat . Sungguh-sungguh gitu .

Pastu masa majlis , yang duk perabiskan coklat tu . Haku la orangnya :)
Saja nak buat stok penambah kalori dalam badan . LALALA 





♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Friday, June 8, 2012

Here We Come ! Kemain ~




ASSALAMUALAIKUM !


ehem - ehem akak nak kepochi sikit boleh ?

memandangkan  I takde cerita nak kongsi , maka I kongsi mana yang ado jelah ye .


petang ni aku nak p JB . chill sana , lepak - lepak ngan si abah .
besok petang balik Segamat balik .
ok bestnya ! seronok penat dalam bas !
confirm takkan lupa T____T

tapi takpelah , atleast ada jugaklah berjalan .
boleh p Mydin kat JB tu hah -_-"

kemain si mak nak shopping sampai ke Mydin JB yeh .
macam kat Segamat ni takde shopping mall plak .



so jangan lupa , tunggu I update gambar kat sana nanti yeh :)

tata ~





♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Thursday, June 7, 2012

Kenduri Akikah




ASSALAMUALAIKUM !


malam kang ada kenduri akikah anak sepupu aku .
da besar baru nak buat eh ? 
bz kemain ibu korang tu yeh .
#mati lah kena baling ngan pinggan perli akak sepupu sendiri#

tapi takpe , yang penting tengahari tadi aku makan sedap giles .
HAIH ! rindu sup ayam ngan sambal kicap .
sedapnya , terliur - liur airliuq aku tau .
makan sampai berulang - ulang , kemain tak malu .
tapi perut tak kenyang - kenyang .

ERRRR lupa baca doa makan ke eh tadi ? -_-"

actually best moment duduk kat kampung cengini lah , bila ada kenduri boleh berkumpul ramai - ramai .
buat kerja sama - sama , merewang , sembang - sembang .
feberet I letew .
alala ~ comelnya dia yeh siap ada feberet bagai .
seronok yeh ? suka yeh ?
ok bagus !

BTW , since duduk uma kampung ni , I jadi rajin masak ok .
sebab aku suka makan makan makan n makan .
nak makan apa ? semua ada . tengok je dalam freezer tu .
memacam ada . so nak makan tak bolehlah bermalas - malasan untuk masak .

tapi sebabkan harini ada kenduri akikah .
aku tak masak , makan semua kat uma akak sepupu I .
makan sesedap plak tu .
AIH ! nasi beriani ada , kambing ada , sup ayam ada , eh eh macam - macam ada .


dapnyaaaaaaaaaaaaaaa !



malam kang confirm repeat dua pinggan ni :)
HOI ! buncitlah perut I kang
T___________T








♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Monday, June 4, 2012

HOIH ! June da ?




ASSALAMUALAIKUM !


gila kesiankan aku ni ?
sejak menjak da bertapa kat kampung ni takde masa nak meng-online FB n update blog .
alala bz sesangat yeh ?

pejam celik pejam celik da 4hb Jun weh .
bulan depan nak puasa da .
walaweh macam tak percaya je ni .

pape pon , pada yang masih hutang ganti puasa tu , bawak-2 lah ganti yeh .
untuk peringatan kita bersama :)


EH EH aku rasa kan bulan Jun ni macam berangin sikitlah .
'panas' tu semacam je .
tensi usah citer lah , kemain lagi .
tetiap hari rasa macam nak mengharuk je .

AISH ! cubaan cubaan .
ni semua dugaan lah ni . sabar jelah !




moga yang keruh cepat berlalu pergi , moga yang baik datang kembali .
insyALLAH







♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Thursday, May 31, 2012

Korean Drama



ASSALAMUALAIKUM !




pepetang hari cengini citer pasal korean drama nak tak ?

'MISS AHJUMMA' 

korean drama yang Aren ngah mabuk tengok sekarang .
EH EH pastu akak dia pon sibuk terpengaruh .
HAHA



actually aku bukanlah kaki korean drama sangat pon , tapi serius cerita ni best .
sekali tengok , confirm besok - besok nak tengok lagi .

pada yang ada astro kat rumah tu , anda boleh tonton korean drama MISS AHJUMMA ni di saluran 393 .

selamat menonton :)





p/s : tu lah kalau da terpengaruh sangat , ni lah jadinya . HAIH !











♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Rindu tak ?



ASSALAMUALAIKUM !


lama rasanya tak meng-upload muka sendiri dalam blog .
tetiba rindu membuak - buak plak nak tepek muka sendiri .

HAHA nasiblah siapa yang tengok tu yeh .







ada sesiapa yang rindukan aku tak ?
HEHE anggaplah gambar ni sebagai pengubat rindu korang yeh :)






♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

BZ-lah sangaaaaaaaaat !



ASSALAMUALAIKUM !

selamat pagi !
salam hari Khamis !

ololo macam nak bagi speech gitu kan ?

ok actually aku takde citer pon nak story pagi ni tapi ngade gedik nak jugaklah update blog .
ntah hape yang nak di-update pon tatau lah

sejak dua menjak tiga menjak ni 
aku adalah sangat bermalas - malas nak meng-update blog .
niat tu ada tapi macam tak dan nak update .
ceh ! kunun macam agak bz kan ?
padahal ? 
kau tahu aku da bengkak otak duduk terperap kat rumah .
ada 'org' tu sekarang sibuk ngan kerja .
nak jumpa kena buat appointment dulu yeh .
alala manjanya .

so memandangkan 'org' tu sibuk bekerja , masa untuk jumpa pon amat terhad sekarang ni . 
harini jumpa , besok lusa tulat takyah jumpa . 
pastu minggu depan baru jumpa lagi .
HAHA gila saiko .

eh ! bukan apalah kan . ni saiko bukan sebarang saiko .
I bukan duduk Putrajaya lagi yang boleh bebas keluar ke sana ke mari di waktu - waktu pagi hari .
since balik kampung ni , aku nak kuar malam adalah terbatas .
so , nak tanak sekarang kalau dating ke hape ke kena tunggu hari minggu .
time tu nak lepak 5jam pon takpe .

HAHA memang gila saiko .

menahanlah korang yeh rindu - rinduan .
ptuiiiiiiiiiiiiiihhhh !




p/s : kenalah paham , 'org' bekerja . awak duduk tanam anggur je , takpelah :)








♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Tuesday, May 29, 2012

Ni Habuannya !



ASSALAMUALAIKUM !


sejak menjak da jadi petani yang menanam anggur ni , makin kadang - kadang plak aku jengah blog yeh ?

HAIH ! nasiblah labu .


tapi bukan pasal tu aku nak kepoh harini .
ni HAH ! tapak kaki aku da macam tapak kaki gajah .



maaf yeh bukan nak biadap . ni hah kaki I bengkak u'olls


T_______T

kena sengat ngan lebah malam tadi .
benci tau .

tak memasal pagi ni  jalan terdengkut - dengkut .
AISH ! rasa nak je bagi tapak kaki ni hah .

yang lebah tu pon sekor , takde port lain ke nak landing ?
laluan yang aku nak lalu tulah kau ada kan ?
mengade tergedik - gedik betol .


ouch ! 

seksanya #sambilmengelapairmata 

berdenyut - denyut ni .
rasa nak hangin semacam da ni .








♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Friday, May 25, 2012

Kenduri n Majlis Kawen



Assalamualaikum !


selamat pagi Malaysia !
huwaaarghhhhh !

Aik ?

HAHA maafkan saya 

kat sini hujan , sejuk .
kalau layan mata ni confirm syok habis oiiii .
maka adik - adik balik sekolah jalan kaki lah jawapnya kang .

so , cerita pepagi ni pasal kenduri n majlis kawen yang akan berlaku dalam sehari dua ni .
mula dari besok ada kenduri sanak sedara .
then , ahad majlis kawen sepupu I plak .
sebaya aku ok , lelaki da kawen .
aku ?

ERRRR cerita seterusnya .

jadi as yang aku tahu , mak aku sekarang ngah rajin buat muffin n choc .
eh ! sebelom ni pon rajin jugak , tapi sekarang ni seploh ganda rajin lagi dari yang before .
lagi - lagi kalau si mak da berjanji nak nyumbang hasil homemade beliau pada yang berkenaan , lagi hyper keaktifannya tau .

so malam tadi kami anak beranak berduyun ke dapur assist si mak buat muffin n choc .








aku takdelah excited mana pon , assist sikit-2 je sebab aku letih gila dowh semalam .
letih sebab kemaruk drive kete manual -_-"

dari Jb sampai balik Segamat .
kesian 'kawan' tu jenuh melayan kerenah I tau .

Eh ! nasib badanlah , nak sangat kan ?
HUH !


p/s : lama tak makan nasi kenduri - kenduri ni , besok lusa ni nak bedal kaw - kaw lah :)







♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Beronok - ronok !



Assalamualaikum !


Letih yeh selepas beronok - ronok ?
Ololo lempang nak ?

Actually takdelah beronok - ronok sangat pon .
Biasa - biasa je .
Alah ! p JB je pon . 
Bukan sampai naik Singapore tu kannn ?

Maka urusan adalah confidential , jadi harus di dulukan mana yang penting , n di kemudiankan mana yang sampingan .
Tapi bukan pasal urusan aku nak cerita .
Ni HAH ! nak cerita pasal aku p ZOO !
Ye ! zoo kawan - kawan .
sepanjang aku hidup until 23 years old baru ni lah aku sampai ke zoo .
HAHA sungguh kasihan bukan ?
nak buat camne ?
parents kita tak suka berjalan ke zoo .
tengok - tengok mintang tu , HAIH ! bukan dorang minat pon .
yang dorang suka lepak - lepak , hang out n makan - makan .
makan tu memang family aku champion !
sebab da jadi hobi n minat kami .
JYEAH ! makan makan makan ! 
jom makan makan !

EH ! tak memasal . ingat ni demostrasi ke ?
Hantu betul !

so , haluan dihala ke arah zoo JB .
tengahari panas plak tu tapi relaks je layan p zoo .
jom jom ! konon semangat .
memula , steady . wah ! excited tengok binatang tu ni . 
pastu lama sikit mulalah nak demam , lemau semacam , lemah gemalai tetiba .
tu semua simptom - simptom budget puteri lilin sangat , panas lebih sikit tak boleh .
dasar gedik unta . 

T_____________T

zoo kat JB tu besarlah gak , penatlah jugak nak meround sampai habis .
tak daya rasanya nak menawaf satu zoo tu . 
tapi ntah ? dalam da letih - letih , da pening - pening tu aku masih gagah nak mendaki tangga kesana n kesini semata nak tengok binatang .
HOIII ! sangat bukan diriku .
oh ! maybe sebab aku ngan 'ehem' kot .

konon ! nak jugak berahsia . gelis tiak I tau 

tapi sumpah ! besar gak weh . 
aku memang da weak gila , nak terlepek je rasanya .
tapi buat - buat gagah .
sebab ngan 'org' kan . kalau berdua (EH ! tetiba) ERR ERR **blur**
takdelah kot segagah tu .
mahu aku da merengek mintak balik je dan - dan tu jugaklah .
manja tak I ?

memang manja kan ?
manja mintak pelempang sekali .

zoo dia best n murah .
memacam binatang ada dalam tu tau . excited aku mengalahkan budak umur 5tahun .
nak ghimau ? ada ! nak singa ? ada ! nak chimpanzi ? eh ada !
AIISH ! pendek kata memang memacam lah .

untuk dewasa : RM2.00/person
untuk kanak - kanak below 12 y/o : RM1.00/person

so , kalau korang rasa teragak nak p .
specially yang tak pernah p macam aku ni .
untuk permulaan , zoo ni pon kira ok .
kat JB , area teluk danga kot . kalau tak silap lah .
HEEEE ~ aku lupa . 

ERK ! lupa ke memang tatau eh ?
HAHA .

fedulik !
janji I da sampai zoo ok .
yang penting I dapat budget macam I ni pencinta binatang .
**pitam**



p/s : kalau anda suka binatanag macam SAYA **pitam** , mesti anda rajin p zoo kan ?







♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Wednesday, May 23, 2012

Selamat Tinggal Semua !



. Assalamualaikum ! .

pagi yang indah di kampung . hiyaaaaaahhh !
aik ? menguap jugak ! HAHA maafkan saya .

so semalam aku ada update pasal last day , n now ! harini ! aku da selamat sampai ke kampung .
bangun - bangun tidur terus menjajau cari laptop . usha line internet ok je . 
HAH ! apa lagi ? bergegaslah macam sat - sat lagi tak boleh je kan ?

semalam its was the sadness day bagi aku . 
last day kerja , n tinggalkan bos jugak kawan - kawan .
serius bergenang airmata jugaklah tapi ku tahankan je ni Jebat !
it bit menyesal jugak sebenarnya .
it bit serba salah pon ada tapi keputusan tetap keputusan .
n pergi tetap pergi 
T__________T

before balik kerja semalam , alhamdullilah aku sempat salam - salam .
jumpa bos , FM , engineer - engineer n kawan - kawan .
sempat say 'TERIMA KASIH' n ianya sungguh - sungguh mengharukan .
aku tak suka tau situasi bila aku nak blah dari mana - mana company .
seeeedihh ok ! sedih !

bukan senang kita nak lepas kerja yang kita rasa kita da boleh buat .
bukan senang kita nak lepaskan tanggungjawab pada orang lain .
tapi kadang keadaan mempengaruhi tiap keputusan .
moga keputusan yang aku amek ni tak mendatangkan rasa menyesal .


pape pon , patah tumbuh hilang bergantikan kawan - kawan !
HEHE



EH ! k bye .






♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Tuesday, May 22, 2012

Last Day !



. Assalamualaikum ! .

Ehem - ehem , last day da ni woi !
aku tetiba macam confius nak happykah ? nak sedihkah ?
haiyohhh ! delima tahap kelimabelas da ni -_-"

sebabkan harini last day , aku da sesiap pack baju n barang - barang dua hari lepas lagi .
pastu semalam rasa macam tak puas hati , eh sambunglah packing yang masih bersepah - sepah ni .
HAHA budget macam barang kau selori je kin .

selori tu tak lah , tapi kalau berhangkut naik kete tu mahu muatan penuhlah jugak .
beg tak main satu dua , nak sampai seplohbelas beg . 
beg besar , beg kecik semua ada .
pastu tu aku punya tilam VONO tu *pitam* nak lipat - lipat patbelas pastu sumbat dalam beg jugak .
tengoklah berapa banyak beg aku nak duk perangkut kang .
AISH ! tensi je kalau nak berpindah randah ni tau .

tapi I da biasa , pindah randah adalah hobi dikala masa TERLALU lah lapang . HAHA
EH EH nasib baik petang kang ada yang sudi tolong aku berangkut bagai tau .
kalau nak harap aku sorang . pitamlah !
mana larat ?
da lah beg sampai seplohbelas jenis , pastu ada besar ada kecik .
sat lagi aku turun naik rumah ke parking duakali je pon da semput .
ni plak nak ulang alik sampai lima-nam kali , mahu putus nyawa aku kang .

hoiiiiii ! selisih malaikat 44 aih .

so di hari - hari terakhir bersama kawan - kawan n bos ni agak - agak apalah yang kau harapkan ?
errr kalau aku , aku chill je sebab dalam hati aku da berbunga - bunga tak sabar nak balik kampung .
pastu nanti kat kampung boleh plan p mandi air terjun kahkahkah . 
best wehhh !
dapat plak p piknik ngan family siap makan nasi lemak , cikedes ngan choki - choki .
rindunya nak piknik - piknik .


***** tetiba *****

teringat plak mandi air terjun kat Rawang tuuuuuu .
fuyoo best !
membara - bara semangat aku nak p buat terjunan 'orang tak reti berenang' tauu 

T_____________T




p/s : cerita LAST DAY bertukar jadi cerita EXCITEDNYA NAK MANDI AIR TERJUN .
HAHA sorry . aku jiwa ngan air terjun . tu pasal lah excited I terlebih high !








♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

2 Days To Go



. Assalamualaikum ! .

Sejak menjak da nak berenti n ada penganti baru ni , aku rasa macam datang kerja untuk melepak plak .
kerja takde nak buat , merayap sana - sini .
pantang dengar ada makan free , aku dulu lah yang pegi .
menghadap FB je dari pagi sampai petang .
berjalan dari meja ke meja dengan niat nak menebeng .
semua tu aku rasa since Selasa lepas .
memula macam tersentap sikitlah sebab macam tak caya aku da takde meja , aku da takde kerusi , aku da takde PC n aku bakal handover kerja- kerja aku pada si penganti .
hakikat tu sangat menyakitkan ok tapi aku trying to chill sebanyak boleh sebab aku tanak nanti aku rasa menyesal tinggalkan kerja n position sekarang ni .

so chill n relaks ~

pejam celik pejam celik da hampir sebulan notis rupanya .
next week last day aku , tu pon tak sampai habis minggu tau .
Next Tuesday aku da kena berambus .
sedih sayup - sayup je aku rasa .
tapi buat - buat gagah macam takde pape . boleh ?

kawan - kawan plak da sibuk tanya bila last ? bila last ?
agak da tak sabar benor ke hape ?
menci I tau .

mentang - mentang da dapat penganti cantik molek , kemain korang yeh nak lupakan aku .

pasal kerja , insyALLAH mana yang tertangguh akan aku cathch up dalam masa dua hari next week tu nanti .
n alhamdullilah penganti aku tu fast learner . so tak jadi masalah aku nak mengajar dia .
syabas Tasha !

Eh terkantoi nama dia Tasha . NGEE ~
cantik molek wehhh .
tu pasal dalam ofis aku lately ni bersepah ulat bulu =_="



memasing ngah nak manjat daaaaaaaaaaaaauuunnnn !
LOL







♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Thursday, May 17, 2012

Resign - Part 2



. Assalamualaikum ! .

Tahun lepas aku ada buat entry pasal resign kan ? n today , entry tu wujud sekali lagi yeh .

bezanya entry resign yang ni , betul - betul memberikan sedikit beban pada aku .
why i'm saying like that ?

sebab aku seronok kerja dengan company sekarang ni , kawan - kawan , bos semua ok .
tapi apa boleh aku buat , aku terpaksa decide sekeras ni atas sebab - sebab tertentu .
even aku bahagia kat sini tapi ada segelitir benda yang aku rasa tekanannya amat memberi kesan dalam hidup aku . cewahhhh !

so after a bit discusstion dengan person yang aku believe he can support me no metter what happen .
keputusan n kata sepakat da dicapai n ni lah keputusannya .
resign n balik kampung . leaving with my happiest family tanpa sebarang tekanan .
lagi amat - amat membahagiakan .

actually aku da notis resign a month ago .
so last day aku kat company sekarang insyALLAH 22hb ni .
its mean next Tuesday .
walaupon agak mendukacitakan tapi insyALLAH ada yang lebih baik untuk aku nanti .

rezeki ada kat mana - mana .
cuma terpulang pada kita nak mencarinya .

kata - kata hikmah tu yang aku pegang since da bekerja ni .
EH ! aku tak fedulik ok kalau org kata aku anak mak ke hape ke ?
sebab aku n mak aku je yang tahu situasi sebenar .

ADA AKU KESAH ?



p/s : seriusly aku macam tak percaya mahu berenti sudah T___T












♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Wednesday, May 16, 2012

Mothers Day VS Teachers Day



. Assalamualaikum ! .


Sorry lama tak update blog ni hah . haritu balik kampung sampai pathari lansung tak boleh nak berlaman sosial  tau sebab line internet kat rumah macam . . . errr macam haremmmm !

mak kata memang line problem sikit sekarang ni so anak - anak bagus untuk anda tak dapat layan FB . 
eh ! tapi anak - anak tetap main game gila - gila sampai satu hari pon takpe duduk menghadap .
haiyohhhh !

ok last Sunday Happy Mothers Day kan ? siapa yang sambut ?
aku terus terang kata takde sambut apa - apa  pon . kesian si mak tapi mak aku jenis selumber je .
tak sambut pon takpe , asalkan ada yang wish .
atleast si mak terasalah jugak kan yang anak - anak dia ni menghargai kasih sayang beliau .

mak ! we love you so much ~
Happy Mothers Day mak !


vs

harini hari guru .
walaupon da lama aku tinggalkan sekolah tapi adik - adik aku masih ada yang bersekolah .
mesti dorang excited nak bagi cingu - cikgu hadiah , macam aku dulu .
teringat - ingat tau . seronoknya masa sekolah dulu tapi sayang aku kaki monteng kelas .
HAHA paling kuat monteng kelas math ngan sejarah .

tu pasal math aku teror gila sekarang
T__________T

so pada guru - guru SELAMAT HARI GURU .
anda ibarat lilin yang menerangi kehidupan anak - anak bangsa .
jasamu dalam kenangan .

(aku da lupa nama cikgu - cikgu aku dulu tapi jasa dorang mendidik aku takkan aku lupa)
terima kasih cikgu !






♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Wednesday, May 9, 2012

Bodoh Punya Orang !



. Assalamualaikum ! .

aku ngah sakit hati tengok satu video ni .
kecoh jugaklah dalam FB .
AISH ! menyirap - nyirap darah aku ngan perempuan macam ni tau .
orang bagi kepercayaan pada kau suruh jaga anak dorang , tapi kau buat anak dorang camtu plak yeh .

EH ! tolonglah , pihak - pihak berkuasa ambik tindakan sewajarnya pada manusia bodoh macam perempuan ni .
jangan nak duduk biar je . 
sampai bila ?

pikir - pikirkan dan renungkan lah 

- video da di remove dari youtube -

tapi rasanya sebelum video tu di remove , korang pon da tengok kot kekejaman perempuan bodoh tu melayan seorang anak kecil sebegitu rupa .
kot ye pon kau frust bercinta , toksah lepaskan pada insan yang tatau pape !

ok ! kalau pikir - pikirkan sangat sungguh menyakitkan hati .
kalau aku jumpa perempuan tu memang aku ganyang - ganyang sampai lumat .

GRRR GRRRR ! geram betul lah .



p/s : kes da ditutup ! perempuan durjana tu da ditangkap .
anak kecil yang dilayan kejam adalah anaknya sendiri , darah dagingnya sendiri 
Astaghfirullah al-azim !
sama - samalah kita jadikan ikhtibar 




♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Monday, May 7, 2012

Sembang Sembang



. Assalamualaikum ! .

pagi Isnin yang sejuk berserta tahap mengantuk yang gila babas .

since duahari lepas kot hujan yang turun membasahi bumi ni tak henti - henti .
kalau benti pon YA ALLAH sekejapnya .
pastu hujan n hujan lagi .
kat kampung nak kuar naik motor pon terbatas tau , baru konon - konon nak budget comel berduaan - duaan ngan si bongsu .

AISH ! hujan plak da , potong betul lah .

EH EH ! pastu tetiba teringat semalam kitorang adik beradik main badminton .
pukul 2 petang main badminton sebab cuaca redup - redup lembab - lembab gitu .
syok wooii main badminton .

ehem - ehem atlet da turun padang ok , siap relaks n slumber main pakai reket beli kat kedai duahengget .
HAHA pastu main lama sikit , kau tengok apa rupa tali tangsi reket tu . 
jahanam ! siap putus - putus bagai . 
Azreen tensi je tengok siap menjerit - jerit marahkan abang dia sebab telah berjaya menjahanamkan reket yang berharga duahengget tu .
HAHA kelakar gila .
aku main siap ketawa bagai , pastu cukup duploh minit da semput .
MENCI !

nasihat aku , time nak bersukan jangan galak sangat nak bergelak ketawa .
boleh semput ok !
lagi - lagi macam aku ni hah , stamina macam tough , pastu da bersukan macam hareem plak jadinya .

tapi seronok lah , sekali sekala bersukan ngan adik beradik sendiri .
memang sangat - sangat jadi idaman aku .
yelah , kalau tak bila lagi .
da lah adik - adik aku tu budget macam orang dewasa sangat .
tak reti nak lekat kat rumah .
ada je agendanya mengalahkan orang kuat UMNO .

tensi emosi aku !

oh btw kan , keberadaan aku semalam kat kampung adalah secara mengejut .
balik pepagi buta ok , pukul 3 pagi gerak dari Shah Alam , pukul 7 sampai Segamat .
siap layan bebudak merempit lagi masa kat Seremban . 
best ! sebab kitorang pon merempit .
ok best memang best tapi azab tetap azab .
hoooiihh ! naik kejang lutut aku tau tak ?
punggung pon kebas semacam je rasanya .

HAIH ! tapi takpe .
demi berjimat cermat .
aku sanggup !

ERRRR da lepas azab memang sanggup .
cuba masa tu , nak duduk pon serba tak kena da atas motor tu hah .
EH EH pastukan pastukan . . .  aku diberi kesempatan untuk berdiri masa 'dia' ngah bawak motor .
kau berani ?
YE aku sebenarnya tak berani , tapi buat - buat berani =_="



baru boleh jiwa rempit kan ?





♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Friday, May 4, 2012

Mencegah Adalah Lebih Baik




. Assalamualaikum ! .


*menguap*
AISH ! tidur da seploh jam malam tadi pon nak menguap lagi ?
HAIYOOOOH !

badan aku lemau - lemau lagi lah .
tak bermaya je ni hah
mata pon da start pedih - pedih tau .

semua tanda - tanda nak demam ni .


oh btw , aku ada cerita sikit yang nak di-share ngan korang .
pernah tak korang terpikir camne cara pencuri nak rompak n curi kereta kita ?

ehem - ehem ! kalau tanya aku memang jujurnya semua aku bantai jawab TATAU .
sebab aku memang tak pernah nak amek tahu .
T___T

n semalam ada roadshow pasal security secure untuk kenderaan kat area flat Presint 11 tu .
aku keluar - keluar kereta je tetiba ada seorang mamat ni tunggu kat tepi kereta , siap perkenalkan diri n then terus tanya soklan berkenaan kes pecah kereta n kecurian kereta sekarang ?

jawapan aku 'ERRRRR ERRRRR EERRRR saya tatau'
HAHA
mamat tu pon tersengeh - sengeh je lepas dengar jawapan aku .
nak membahan ke hape ?
AISH ! memang aku tatau , so jawab tataulah takkan tatau nak jawap 'ooh ! saya tahu'
boleh gitu ?

so slow - slow mamat ni borak ngan aku sambil buat demo HOW PEOPLE CAN STOLE UR CAR WITHOUT ANY KEROSAKAN .

kalau dulu pernah lah jugak aku tahu pasal manusia - manusia yang nak curi kereta ni dorang akan buat apa cara je untuk stole that car n rompak pape yang patut dengan mengopakkan getah keliling cermin tingkap kereta n macam - macam lagi .
but for those people yang lebih bijak nak buat kerja - kerja nakharooom cengini , dorang ada skill baru supaya orang tak syak yang dorang ni ngah buat kerja .

aku terkejut gak tengok mamat tu demo kat kereta aku semalam .
pastu terus kepala hotak pikir .
OMG ! semudah tu je n then they can stole ur car tanpa kita tahu kereta kita da hilang .
serius ! aku cuak tetiba .

so nak dipendekkan cerita
dorang telah offer satu alat untuk secure kereta aku .
nama menatang tu tak pasti apa kebenda .
tapi ia sangat memuaskan hati .

demi keselamatan apa salahnya kan ?
dari kau sibuk pikir sportrim , tinted tu .
kalau kereta da hilang apa pon tak guna lepas tu .
so atleast dengan sistem keselamatan cengini insyALLAH kereta kau dalam keadaan selamat .


aku sudah . korang bila lagi ?
renung - renungkan demi keselamatan harta benda :)







♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Thursday, May 3, 2012

Akhirnya Sebuah Penantian



. Assalamualaikum ! .



oke keadaan macam tak selesa sebab aku rasa lemau since petang semalam .
puncanya dari mandi air terjun berserta rintikan hujan membasahi bumi 
T_____T

tekak pon da start gatal - gatal .
batuk da macam orang tua . sangat mentensikan .
tapi bukan pasal tu aku wujudkan entry ni , ada cerita lain yang berlaku malam tadi .
yang pada aku agak merisaukan dan mengugupkan .

Firstly
satu hari semalam , aku tak pegang purse .
purse aku tertinggal dalam beg 'dia' tu .

Second
aku telah berjaya memotong janggut 'dia' dengan seribu satu perasaan yang bercambur baur nikmatnya .
takut + serba salah + happy + sedih + feel sorry .

lepak kat area Masjid Putra , sembang - sembang
EH ! pastu tetiba terasa macam aku nak potong janggut kau lah . boleh ?
amek gunting n potong . ARHHH ! sooe janggut , i've toooo .
sebab aku rimas tengok kau panjang tak terurus cengitu .

Third
sebabkan 'dia' hantar purse aku .
siap berdating , siap pegi makan , siap potong janggut .
balik dari hantar aku tu plak minyak motor 'dia' boleh habis , da on the way nak balik Shah Alam , atas highway plak tu .

ok ! wonderpets
kita harus bantu 'dia'

dengan muka mamai - mamai baru terlelap .
siap - siap n keluar rumah .
p pam minyak , n terus naik highway .
kelajuan kete time tu tahap maksima .
takde nak tekan minyak manja - manja da .

hati aku da risau tak ketahuan hala ok .
untunglah time - time cengitu da tak banyak kenderaan atas highway .
detik jam sudah menjakau pukul 1 pagi .
kenderaan nak berpusu - pusu atas highway pejadahnya kan ?
so kita boleh lah speed speed n speed !


nampak macam kepochi gila kan hidup aku semalam .
tapi masih boleh chill n layankan je .
memula aku tertinggal purse .
dari Shah Alam - Putrajaya dengan takde lesen , IC n DUIT tapi masih boleh relaks .

pastu potong janggut 'dia' sesuka hati aku je .
padahal janji haritu nak buat masa birthday aku
EH ! tapi semalam ngah lepak - lepak tetiba terasa nak potong .
ok ! potong potong n potong .
naik pucat muka 'dia' aku tengok . HAA baru tahu kesungguhan aku .
jangan main - main arrrrr .

lastly , ber-rushing sebab nak tolong 'dia' terkandas atas highway .
agak kelam kabut jugaklah sebenarnya .
sebab memang jenis aku ni cepat mengelabah sikit , kau nak kata apa ?
n alhamdullilah semuanya baik - baik saja .

memang letih jugak badan aku semalam .
tapi apa salahnya sekali sekala rasa penat .
HAHA konon !

semalam hari 'dia' mana tahu besok lusa hari aku plak kan ?
bak kata omputih give n take (^^)




p/s : btw , aku rasa seronok mandi kat air terjun aritu tak hilang lagi lah . 
amat hebat penangan air terjun tersebut :)






♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

Wednesday, May 2, 2012

Selasa Yang WOW !



. Assalamualaikum ! .


Ehem - ehem seronok semalam cuti ?
korang pergi mana je ?

WAH ! untunglah pegi bercuti makan angin bagai .
ECEH ! konon kan ? padahal kau pon pegi bercuti merayap sakan semalam kan Kin ?
HEHE *saja bikin gempak*

alahai bukan kemana pon , plan pon last minit kau tahu ?
tetiba nak pegi mandi air terjun .
HAH ! da tu , kalau teringin ? apa lagi pegi jelah kan ?
cuti kot ye pon .
have fun sometimes . seronok what ?

oke memang seronok , memang best !
sampai tanak naik darat .
memang betul best lah tu .
tapi kau tahu mandi siap ngan basah air hujan noks .
AISH ! tensi tau .
tapi oke , teruskan mandi manda . 
hiraukan rintik hujan . LALA ~

aku ni memang bab mandi - mandi air terjun ke jeram ke memang suka u'olls .
tapi pastu kau tunggu lama sikit confirm badan miang - miang woi !
tensi tahap cipan je aku ni .
kalau main air laut pon cengitu jugak .
basah - basah kaki je pon . 
tapi miang macam basah satu badan .
menci gilers !

- back to story -

then balik dari Rawang tu , alah mandi air terjun tu lah kan .
kami duk pakat - pakat nak piknik kat Putrajaya plak .
port biasa sekitar Masjid Putra tu hah .
hamboi siap bekal nasi ngan lauk ayam masak lemak balance pegi mandi air terjun tau .
kau hadeeee ?

HAH ! kebulur sangat sampai menge-port kat Masjid Putra .
kelass gitu macam takde rumah je memasing . HAHA
lepas tu lepas tu lepas tu 
EH ? mengada - mengada plak dak ni .
NGEE ~ 


oke ! sudahhhh cukup cukup sudah . 
cukup sampai di sini saja .
(layan lagu Nirwana Band)
HAIH ! terpengaruh letew ~




p/s : takde gambar eh ? sebab ada 'org' tu takmo muka dia di-upload oke . budget nak rahsia sangat . 
konon nak cover line mantap noks !






♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥