Powered By Blogger

Klik-Klik Saja !

Saturday, June 30, 2012

MasterChef Selebriti



Assalamualaikum .

Aku ngah kemaruk layan program rancangan masakan MasterChef Selebriti ok . walaupon ulang tayang kat Astro tu sampai 5-6 kali satu hari aku tetap setia menonton sebab aku rasa bila aku tengok rancangan tu , nafsu makan aku jadi membuak - buak gitu =_="

so sehingga ke minggu ke-9 kot kalau tak silap la , selebriti yang masih bertahan ialah Dato' Fazley, Juliza Adlizan, Soo Wincci, Tomok, Angah RL, Azwan Ali, dan Farouk Hussin . memang tak dinafikan persaingan agak sengit jugakla tapi bagusnya dorang ni sebagai selebriti sentiasa ada kerjasama antara satu sama lain dalam setiap cabaran yang diberikan . dorang memang bagus - bagus , kreatif - kreatif n suka mencabar diri sendiri dengan setiap cabaran yang dorang lalui tetiap minggu .

pada aku , memasak bukan semudah yang kita pikir . even kalau kau jenis yang teror masak pon , sometimes dalam competition kau boleh tetiba jadi blur , tetiba jadi macam tak teror . apetah lagi dorang ni selebriti yang ada diantaranya memang tak tahu masak , tak biasa masak , tak pernah masuk dapur untuk masak . mungkin agak susah untuk dorang tapi atleast dengan adanya program rancangan masakan macam MasterChef ni , dorang boleh tonjolkan bakat terpendam dalam diri masaing - masing .

bagi aku , selebriti yang aku rasa boleh pergi jauh dalam rancangan masakan MasterChef ni 






ni la antara tiga selebriti yang aku rasa boleh bertahan sampai ke final . sebab Dato' Fazley dia ada cara masakan yang tersendiri , keyakinan peribadi dia sendiri yang menyakinkan aku dia antara salah sorang top 3 yang akan ke final MasterChef Selebriti Malaysia nanti . Angah RL plak aku suka kreativiti dia planting di setiap cabaran masakan , pastu Angah ni dia jenis yang positif . Pape pon yang dia hadapi masa cabaran setiap minggu tu dia pandang n berfikir secara positif . Soo Wincci plak , aku suka dia sebab dia teror buat desert . bukan calang - calang desert yang dia cuba buat n cabar diri dia untuk sentiasa menampilkan sesuatu masakan yang berlainan setiap minggu . so mereka bertiga ni la yang aku yakin akan ke top 3 MasterChef Selebriti nanti .

actually MasterChef Selebriti ni satu program yang pada aku bagus , sebab setiap selebriti mewakili badan charity memasing . so atleast hasil usaha dorang as selebriti dengan bertahan selama mungkin dalam program rancangan tu dapat disumbangkan melalui pemberian dana yang dikumpul setiap minggu . maknanya makin lama dorang bertahan , makin meningkatla dana sumbangan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan bantuan .



p/s : baguskan ? sambil belajar masak sambil beramal :)




♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

No comments: