Powered By Blogger

Klik-Klik Saja !

Sunday, January 1, 2012

Ke Muo lah kita - Part 1

. Assalamualaikum ! .

Hari yang memenatkan . tapi best , sebab apa aku kata best ? sebab ianya berbaloi-baloi . 

tengahari tadi aku join konvoi ke muo , ada wedding . ngan cuaca yang agak panas . hanya tuhan yang tahu bertapa berlengasnya badan aku . tensi je , nasib baik jenis aku tak suka bermake-up kan kalau tak confirm da bercapuk muka ahkak dik non oi .

perjalanan makan masa satusengah jam . fuyoo letih jugak weh . da la tengahari buta , silau . pastu yang pasti mengantukkan . aku tak suka drive waktu tengahari . memang memenatkan , mengtensikan , memboringkan . eh pastu sepanjang perjalanan nak pegi muo tadi ada race berbasikal . gempak jugak . pepanas ok kau mampu nak berkayuh berbatu-batu ? kalau kau takde stamina , jangan mimpi lah kau boleh berkayuh tetengahari buta . 

so setibanya ke destinasi yang dituju , kaki dihala kan menuju rumah persandingan . mata tercari-cari sesuatu untuk membasahi tekak yang sedang kehausan . oh jumpa , sirap bandung yang sejuk lagi menyegarkan . bila da hilang rasa haus di tekak , jom kita beralih ke makanan plak . oh ! sungguh menyelerakan . eh tapi nasi minyak lah . aku tak suka , tapi sekadar menjamah apa salahnya . rezeki jangan di tolak .

kemestian bila bertandang ke majlis perkahwinan , menyaji mata ngan melihat persandingan dua merpati sejoli . sama cantik sama padan . selesai menyaji mata , tiba masa untuk berangkat pulang .

maka tak semena , diberi berita mengenai berubahan dalam tempoh masa perjalanan yang konon da dirancang "jam lima kita berangkat ke sabak'ur perkena ikan bakar" .  ni bermakna perjalanan bakal diteruskan selepas waktu magrib . 

selama menanti detik menunggu jam lima , badan diberi rehat sementara . aku harus ambik kesempatan ngan melelapkan mata biarpon seketika . perghhhhh ! selesa weh , tidur plak dalam bilik yang ber-aircond . mahu tak sedar diri . memang terbaik homestay kat kawasan Bakri tu . rasa macam taknak balik .

selesai beristirehat , perjalanan  diteruskan , roda pacuan dihala ke destinasi tujuan "sabak'ur" . yeah yeah ! ikan bakar time . perut pon da lapar sesangat ni . memang bernafsulah nak makan . eh ke aku memang sentiasa bernafsu tiap kali nak makan ? -,-"

sejamlebih melantak seafood kegemaran , perut pon da kenyang berisi . tiba masa untuk berangkat pulang . jam menunjukkan jarum panjang di nombor dupbelas , jarum pendek di nombor lapan . konvoi ready untuk teruskan perjalanan . meniti malam , jalan berlubang , bertampal2 memang macam h@#$& . tapi takpe , hati da tak sabar nak sampai teratak kediaman , nak upload gambar bebanyak dalam blog . bagi korang tengok . 

segala selingan / koleksi gambar sepanjang hari di Muar akan aku update di entry Ke Muo lah Kita - Part 2 .

tunggu yeh jangan tak tunggu .




♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

No comments: