Powered By Blogger

Klik-Klik Saja !

Friday, November 11, 2011

Slot Akasia - Tentang Dhia


Slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam, saksikan TENTANG DHIA, sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd yg bersiaran bermula 9 Nov 2011. Hasil nukilan dan arahan Azlina Pa'awan, drama TENTANG DHIA dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah.

Sinopsis :
Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yg berdiri di antara dua lelaki yg sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (izreen Azminda), yg merasakan dirinya lebih anggun dan sesuai.
Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yg berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yg merupakan anak seorang Imam di Kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupon Raffi, seorang jejala daripada keluarga berada mempunyai keluluasan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi. Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yg baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.
Namun, hatinya ikhlas menyinta Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yg berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi 'jerat' yg dipasang melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangkan mereka yg akan berlansung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunanganan tetap akan berlansung seperti yg dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yg ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yg hanya mampu mengalirkan air mata.
"Bagaikan pelangi selepas hujan", hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yg sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yg jugak salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yg turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yg terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.
Kemanakah hala tuhu Dhia setelah 'kehilangan' Azmi dan apakah yg akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir? Jangan lupa untuk menyaksikan kesudahannya di dalam TENTANG DHIA yg bersiaran sebanyak 26 episod, pada setiap  Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia hanya di TV3.
sumber : TV3


Lagu Ost Tentang Dhia - Dhia untukku (Ady Putra)





♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

1 comment:

cik eekin said...

Citer ni best!! sebab ada Ady Putra.. hahahahaha