Assalamualaikum
Selamat hari Isnin & Salam 1 Malaysia
pewit kemain kan macam nak berucap atas stage kauuu .
oke lepas kes aku keceper malam sabtu haritu , semalam abg sepupu aku ni da berazam dalam diri nak bawak aku pegi chillax dengan harapan aku boleh melupakan masalah aku buat seketika . ehem ! drama sungguh bunyinya . jadi aku harus pasang niat yang murni berbunyi 'sahaja aku keluar dengan abg Her harini untuk mengepaw' wah ! bab-2 mengepaw , akulah mukanya (-_-)"
so seharian semalam aku , Lia n abg sepupu aku a.k.a Herwan @ abg Her , kitorang berjimba , berjalan sakan sampai nak tercabut ibujari kaki aku ni , pegi tengok wayang , pegi makan-2 , n makan . wow ! suka sampai tak terkata . dari tengahari sampai tengah malam muka kitorang bertiga jelah . sempat pegi riki Gold Coast Morib , tempat dia fuh ! best gila dowh . tapi rega nak pitam ! terus berpaling arah n berlalu pergi . before berlalu pegi meh sat bang kita bergambar . hololo suwetkan adik ajak abg bergambar -lol-
theme park dia kemain lagi yeh . best-ramai orang-terbaik !
kalau tak silap nak mandi dalam swimming pool belakang tu harga untuk :-
Dewasa : RM25
Kanan-2 : RM12
if not mistaken lah . sebab ni abg Her aku tu yang tanya kat Receptionist .
then , lepas settle urusan kat Morib (macam bisnesman) kitorang pegi melantak kat Nilai . aku ngan Lia merangkap makan pagi sekalian ke tengahari . nasi ambik punyalah banyak . orang lain da habis makan , aku tak sudah-2 lagi . hahahaha gila lapar koot ! lepas sengah jam melepak , makan , kenyang kat Nilai , now its time untuk kita berfoya-2 . yeah ! destinasi tujuan Sunway Pyramid . oke-2 jom SP , here we come ! tapi on-the-road nak ke SP hujan punyalah lebat . tapi tu tak mengugat pemanduan abg sepupu aku ni drive macam orang gila , punya lah laju siap cucuk-2 macam cuaca cerah je kau kan bang . aku ni da menjerit-2 dalam kete macam kena sampuk . vengong betul !
niat hati ke SP semata nak tengok wayang . wow ! kaki dihala menuju ke TGV berdekatan . sepanjang jalan mulut memasing terkumat kamit , tertanya citer apa yang harus dijadikan bahan tontonan . mungkinkah Bunohan ? mungkinkah Adnan Sempit (2) ? mungkinkah Ghost Rider (2) ? atau mungkinkah Cinta Kura-2 ? oke cepat pilih ! eh tup-2 sampai kaunter ticketing , tengok skrin sibuk pilih nak tengok citer John Carter . hahaha yang sedari tadi sibuk nak tengok citer tu citer ni semua kelaut da .
so , John Carter (3D) tiket jam 7 , mata tertumpu di jam tangan , alamak baru pukul 5 . nak kemana ni ? satu soklan yang akhirnya membawa kepada penyeksaan kaki n diri sendiri T______T
2jam lagi nak tunggu jam 7 , 2jam oke ibarat 2tahun . lama gila ! pusing SP sampai lebam , sampai nak tercabut ibujari kaki . sampai badan jadi lesu , letih , penat . mood nak tengok wayang pon da melayang ntah kemana-2 . tapi sebabkan niat hati nak mengepaw , takpe kinn gagahkan dirimu . teruskan berjalan n bertawaf . eh aku memang takde hal , tapi Lia tu . kesian dia , da la tak biasa ngan kenah abg sepupu aku . first time join mesti dia da taubat tanak ikut lagi pasni . mesti tensi je dia nak layan . sabar jelah
n akhirnya after bertawaf hampir 2jam , kaki pon da lemah longlai semua . masa untuk menonton wayang da time . oke jom-2 semangat nak tengok 3D kemain jakun lagi . excited gila woooiii !
Peringatan :
kepada sesiapa yang teringin menonton 3D macam aku ni , anda dinasihatkan supaya menge-paw orang lain , kerana jika anda mengunakan duit sendiri ia adalah satu pembaziran . nilai bagi satu tiket untuk 3D berharga RM26.00 , mahal bukan ? thats why aku suka keluar ngan abg sepupu aku . aku jadi tukang order , dia jadi tukang bayar =]
memang seronok tak terhingga #kata-kau , dari pagi sampai ketengah malam baru balik . kalau jadi Cinderella , confirm-2 kete kuda da bertukar jadi pumpkin noks .
BTW , thanks bebanyaklah kat abg sepupu aku tu yang sudi belanja adik sepupu mu yang cules , chillax , n sempoi ni . hahahahaha besok lusa org paw lagi yeh . eh tapi cuba korang baca ni kejap .
pitam lepas baca statement yang bertanda kotak merah . nak kat Pavillion jugak
No comments:
Post a Comment