Powered By Blogger

Klik-Klik Saja !

Saturday, March 17, 2012

Selamat Sudah


Assalamualaikum

memula sekali aku nak kepoh yang aku da berjaya drive kete manual pegi post office tengahari tadi . neves kau . ada trafic light nak kena drop gear , masuk simpang nak kena drop gear . extreme sungguh bagi aku yang payah nak drive manual ni hah (T_T) nasib baik boleh chillax kan .


oke now masuk pada tajuk utama kita . sebabkan aku memang dasar pengecoh sedunia . benda remeh pon ofcoz lah nak kena ber-update jugak . maka aku dengan bangga dirinya , hidung kembang kempis nak bagitau yang aku da selamat RENEW lesen . hoooyeah !

 sahaja aku tepek gambar ni sebab nak menunjuk-2 . boleh ?


before RENEW

actually lesen aku expired besok tapi sebabkan besok hari Ahad takde post office or JPJ yang buka . maka terpaksa lah aku renew harini jugak . alah ! tak sampai 5minit pon kan . badan pon tak sempat sejuk lagi duduk dalam aircond .

after RENEW

ehem ! tapi dalam masa 5minit tu duit pon keluar macam air oke , tigaplohdua hengget yob ! larap duit teman tau . tu kalau untuk setahun lah . kalau nak RENEW untuk dua tahun sila bayar namplohdua hengget . 

btw , yang aku kotakkan dengan tanda merah tu adalah expired date untuk tahun depan . reti kan nak tengok ? tarikh expired tu ikut tarikh birthday aku yeh kawan-2 semua . ia bagi memudahkan kau nak hengat bila lesen tu expired . kau ingat birthday , kau ingatlah lesen kau yang expired tu . baguskan ? so takdelah kejadian ngeri macam tahun lepas lagi kan kin ? dua minggu noks , kehulur kehilir ke Banting ke Putrajaya ke S.Alam dengan lesen yang da expired . gila dasyat !

lets say thanks to si mak yang always remind-kan si anak bila lesen nak expired . auwww terharu i tau , memang i luv u so strong lah mak ! tanpa mak siaplah aku . gitu kan . memang dasar drama pepetang lah kau kin (^.^)


oke , da kepoh . nak tidur ! bai !


♥ Terima Kasih sudi Membaca ! Sila Singgah Lagi ♥

No comments: